BERITA SEMASA

Jabatan Bantuan Guaman rangka pelan strategik untuk bantu golongan kurang berkemampuan

PUTRAJAYA – Bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan dalam menyediakan bantuan guaman untuk golongan yang kurang berkemampuan, Jabatan Bantuan Guaman (JBG) telah merangka Pelan Strategik JBG 2024-2028.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, pelan strategik tersebut selari dengan aspirasi kerajaan untuk menyedikan khidmat guaman bagi mereka yang memerlukan.

Jelasnya, terdapat tiga teras strategik yang telah digariskan dalam pelan strategik tersebut iaitu:

1. Teras Strategik 1- Meremajakan perkhidmatan bantuan guaman;
2. Teras Strategik 2 – Memperluaskan perkhidmatan bantuan guaman;
3. Teras Strategik 3 – Membudayakan tadbir urus yang mantap ke arah organisasi yang cemerlang.

Selain itu, bagi menterjemahkan pelan strategik ini, beberapa usaha penambahbaikan telah dirangka di bawah Teras Strategik Pertama, iaitu Program Justice on Wheels (JOW) dan Gerbang iGuaman.

“Saya telah berbincang dengan Datuk Norazmi bin Mohd Narawi Ketua Pengarah Jabatan Bantuan Guaman berhubung perkara ini dan telah mencadangkan agar nama Klinik guaman bergerak ini dijenamakan sebagai “Justice on Wheels”.

“Program Justice on Wheels ini akan membuka ruang yang lebih luas kepada rakyat bagi mendekati JBG dalam mendapatkan bantuan guaman dan menyelesaikan masalah perundangan yang dihadapi oleh mereka.

“Program ini adalah selaras dengan visi JBG untuk meniadi pendahulu penyedia perkhidmatan bantuan guaman negara yang terkemuka, manakala misi JBG pula adalah memartabatkan penyampaian perkhidmatan guaman yang berkualiti bagi menjamin akses kepada keadilan, ” kata Azalina

Beliau berkata demikian sewaktu berucap meluncurkan Pelan Strategik Jabatan Bantuan Guaman 2024-2028, Program Justice On Wheels dan inisiatif pendigitalan JBG pada Majlis Perhimpunan Bulanan Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, JPM di sini hari ini.

Azalina berkata, Program Justice on Wheels ini akan membuka ruang yang lebih luas kepada rakyat bagi mendekati JBG dalam mendapatkan bantuan guaman dan menyelesaikan masalah perundangan yang dihadapi oleh mereka.

Ujar beliau, Justice On Wheels ini akan dijalankan di kawasan pedalaman termasuk kawasan Felda di Semenanjung Malaysia, juga di Negeri Sabah dan Sarawak.

Sementara itu, Azalina berkata, sistem Gerbang iGuaman yang berperanan sebagai one stop centre pula akan memudahkan orang awam mengakses perkhidmatan dalam talian yang disediakan.

“Melalui Gerbang iGuaman, pautan pantas kepada beberapa sistem seperti Sistem Permohonan Latihan Industri, dan Sistem eKhidmat Nasihat – Knowledge Base Chatbot telah disediakan.

“Sistem ini diharapkan dapat dimanfaatkan oleh masyarakat yang memerlukan perkhidmatan JBG,” ujarnya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button