BERITA SEMASA

Rancangan roboh kuil ditangguh, akur arahan pihak berkuasa – pemilik tanah di Selangor Dredging

DENGKIL – Tindakan untuk merobohkan binaan kuil haram di tanah milik seorang pesara swasta di Jalan Selangor Dredging, di sini, yang dirancang esok akan ditangguhkan atas nasihat pihak berkuasa.

Suhaili Ahmad, 70, berkata, tindakan itu akan dilakukan pihak berkuasa pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

“Kami tak akan roboh esok. Kelmarin, pihak polis nasihatkan agar tindakan itu diserahkan kepada pihak berkuasa.

“Saya perlu tunggu arahan mahkamah, baru robohan akan dibuat pihak berwajib,” katanya kepada Malaysia Tribune, hari ini.

Menurut beliau, peguamnya memaklumkan arahan mahkamah tersebut akan diperoleh dalam tempoh sebulan lagi.

Pemilik tanah
Pemilik tanah, Suhaili Ahmad.

“Lapan bulan saya boleh tunggu, takkan sebulan tak boleh,” katanya optimis.

Terdahulu, tular status di media sosial mengenai penganjuran program keagamaan dan Taklimat Isu Tanah Kuil oleh peguam dan aktivis, Arun Dorasamy di tanah milik Suhaili bermula pukul 6.30 petang hingga 8 malam ini.

BACA JUGA:

Siapa nak beli, hantu raya pun ada dalam tu – pemilik tanah di Selangor Dredging

Tidak peduli usia, kuil haram akan tetap diroboh 9 Februari – Pemilik tanah

Tuan tanah tegas roboh kuil haram 9 Februari, polis pantau keadaan

Bagaimanapun, Suhaili mengakui tidak dijemput.

“Saya tuan tanah tak dijemput,” komennya di hantaran Penyelaras Kampung Dengkil itu.

Khamis lalu, Suhaili dilaporkan bertegas untuk meneruskan tindakan perobohan binaan kuil haram tersebut di tanah miliknya yang dijadualkan esok (9 Februari).

Untuk rekod, tanah tersebut telah dipindah hak milik secara rasmi kepada Suhaili pada tarikh 21 Februari 2001 selepas dibeli daripada pemilik asalnya, Abdul Hamid Maani.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button