BERITA SEMASA

Raja Zarith Sofiah kurnia 376,000 pelitup muka kepada murid sekolah KL, Putrajaya

KUALA LUMPUR – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan mengurniakan 376,000 pelitup muka kepada murid di sekolah sekitar Kuala Lumpur dan Putrajaya bagi membantu melindungi kesihatan mereka susulan keadaan jerebu.

Menurut hantaran Facebook Sultan Ibrahim, kurniaan itu disalurkan kepada murid di 289 sekolah di Kuala Lumpur dan 28 sekolah di Putrajaya, khususnya mereka daripada keluarga berpendapatan rendah (B40) yang terkesan akibat keadaan berkenaan.

Majlis penyerahan kurniaan disampaikan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Tan Sri Dr Azmi Rohani kepada pengetua dan guru besar sekolah terbabit di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di sini semalam.

Turut hadir, Datuk Paduka Maharaja Lela Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor, Hishamuddin Abdul Rahim; serta Timbalan Pengarah Sektor Pengurusan Hal Ehwal Murid, Kementerian Pendidikan, Hirudin Mohit.

Kurniaan itu disalurkan menerusi Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor dengan kerjasama Jeffrey Cheah Foundation dan Wangsa Ultima Sdn. Bhd.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button