Raja Permaisuri Agong lawat Istana Topkapi sebelum pulang ke tanah air
ISTANBUL – Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berkenan berangkat melawat Istana Topkapi, di sini semalam sebagai pengisian terakhir Lawatan Khas Seri Paduka Baginda selama tiga hari ke Turkiye.
Menurut kenyataan yang dimuat naik menerusi Facebook rasmi Sultan Ibrahim, Seri Paduka Baginda meluangkan masa hampir dua jam meninjau pelbagai artifak sejarah yang dipamerkan di bilik khazanah diraja dan bilik khazanah Islam di muzium istana berkenaan.

“Istana Topkapi merupakan pusat pemerintahan Empayar Uthmaniyah dari tahun 1465 hingga 1853 dan dibina oleh Sultan Mehmed II berikutan penaklukan Istanbul atau Constantinople.
“Keberangkatan Raja Permaisuri Agong diiringi Paduka Anakanda iaitu Tunku Idris Iskandar Al-Haj, Tunku Abdul Rahman Al-Haj dan Tunku Abu Bakar Al-Haj,” kata kenyataan tersebut.

Kunjungan ke istana bersejarah itu menjadi penutup tirai lawatan khas Seri Paduka Baginda di Turkiye sebelum berangkat pulang ke Malaysia.
Baginda dilaporkan berlepas pulang menaiki pesawat peribadi pada pukul 8 malam waktu Turkiye (1 pagi waktu tempatan).
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















