SUKAN

Raja Charles rasmi pembukaan Sukan Komanwel Glasgow dengan kemunculan unik dari Tardis

GLASGOW – Raja Britain, Raja Charles dan Permaisuri Camilla mencuri tumpuan apabila muncul dari Tardis iaitu mesin pengembaraan masa ikonik dalam siri televisyen Doctor Who, bagi merasmikan upacara pembukaan Sukan Komanwel Glasgow 2026 yang berlangsung penuh warna-warni di Ovo Hydro, Scotland.

Kemunculan pasangan diraja itu mengundang sorakan ribuan penonton dalam majlis pembukaan yang meraikan sejarah, budaya dan identiti Glasgow selain diserikan dengan perarakan atlet dari 74 negara dan wilayah Komanwel serta persembahan artis terkenal Scotland seperti Tom Walker, KT Tunstall dan Nathan Evans.

sukan komanwel
Sukan Komanwel Glasgow 2026 berlangsung dari 24 Julai hingga 3 Ogos dengan mempertandingkan 10 jenis sukan dan menawarkan 215 pingat.

Glasgow menjadi tuan rumah temasya itu buat kali kedua selepas mengambil alih penganjuran daripada negeri Victoria, Australia yang menarik diri berikutan peningkatan kos.

Dalam titahnya, Raja Charles III merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan temasya tersebut, termasuk atlet, sukarelawan dan penganjur.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada bandar raya Glasgow, semua atlet, penganjur, sukarelawan serta setiap individu yang telah menjayakan temasya ini,” titah baginda memetik laporan BBC News.

Baginda turut menegaskan bahawa salah satu tema utama Baton Diraja kali ini ialah meningkatkan kesedaran mengenai pencemaran plastik dan kesannya terhadap hidupan marin.

Presiden Sukan Komanwel, Dr Donald Rukare pula berkata, temasya itu membuktikan sukan mampu menyatukan masyarakat dunia meskipun berdepan pelbagai perbezaan.

“Selama 11 hari akan datang, 74 negara dan wilayah, ribuan atlet serta penyokong daripada pelbagai budaya dan latar belakang akan bersatu dengan satu matlamat iaitu sukan mempunyai kuasa untuk menyatukan manusia. Dalam dunia yang kadangkala berpecah-belah, perkara itu lebih penting berbanding sebelum ini,” katanya.

Sukan Komanwel Glasgow 2026 berlangsung dari 24 Julai hingga 3 Ogos dengan mempertandingkan 10 jenis sukan dan menawarkan 215 pingat, termasuk rekod 47 acara sukan para.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button