BERITA SEMASA

The Food Yard meriahkan Bangunan MARA dengan lebih 30 vendor makanan

KUALA LUMPUR – Orang ramai yang mencari lokasi santai untuk menjamu selera di tengah ibu kota kini mempunyai pilihan baharu apabila The Food Yard membuka tirainya di perkarangan Bangunan MARA di sini bermula 28 Julai hingga 1 Ogos ini.

Dianjurkan oleh Innova Synergy, acara berkonsepkan ruang makan terbuka itu menghimpunkan lebih 30 vendor yang menawarkan pelbagai pilihan makanan tempatan, hidangan popular serta makanan viral bagi memenuhi cita rasa pengunjung.

Menurut penganjur, nama The Food Yard dipilih bagi mencerminkan konsep acara yang menggabungkan kepelbagaian makanan dengan suasana santai di ruang terbuka, sekali gus menjadikannya lokasi sesuai untuk dikunjungi bersama keluarga, rakan dan rakan sekerja.

“Acara yang berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam itu bukan sahaja menawarkan pelbagai pilihan juadah, malah turut diserikan dengan persembahan buskers tempatan serta persembahan khas daripada Maria Kilauan Emas by Hard Band dan Chicken Wings Band.

“Bagi menambah kemeriahan, pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik termasuk cabutan bertuah, demonstrasi masakan oleh chef terkenal dan photobooth percuma,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, lokasinya yang strategik di tengah bandar memudahkan orang ramai berkunjung sama ada menggunakan pengangkutan awam menerusi Stesen LRT Bandaraya atau kenderaan persendirian dengan kemudahan parkir di Bangunan MARA, SOGO dan Pertama Complex.

Food yard
The Food Yard membuka tirainya di perkarangan Bangunan MARA di sini bermula 28 Julai hingga 1 Ogos ini.

Penganjur berharap The Food Yard menjadi destinasi pilihan warga kota untuk menikmati pengalaman menjamu selera dalam suasana santai sambil meluangkan masa berkualiti bersama insan tersayang.

“Lebih menarik, pelbagai aktiviti turut disediakan termasuk cabutan bertuah, demonstrasi masakan daripada chef terkenal serta photobooth percuma untuk mengabadikan kenangan bersama keluarga dan rakan-rakan.

“Dengan suasana terbuka, pilihan makanan yang menarik dan pelbagai aktiviti untuk dinikmati, The Food Yard menjadi pilihan sesuai untuk mereka yang mahu meluangkan masa berkualiti di tengah kesibukan bandar.

Food yard
The Food Yard membuka tirainya di perkarangan Bangunan MARA di sini bermula 28 Julai hingga 1 Ogos ini.

“Jadi, jangan lepaskan peluang untuk singgah ke The Food Yard dan rasai sendiri pengalaman makan serta hiburan dalam suasana santai di tengah Kuala Lumpur,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button