“Undur je lah” – gesa Ketua Pemuda AMANAH
KUALA LUMPUR – Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (AMANAH), Mohd Hasbie Muda menyifatkan individu yang tidak lagi menghormati ketua sendiri wajar berundur daripada jawatan yang disandang.
Dalam kenyataan ringkas menerusi media sosial, beliau berkata tindakan tidak menghormati kepimpinan sendiri tidak seharusnya berlaku dalam sesebuah organisasi.
“Undur je lah. Kalau dah tak reti hormat ketua sendiri,” katanya.
Bagaimanapun, Mohd Hasbie tidak menjelaskan secara khusus individu atau pihak yang dirujuk dalam kenyataan berkenaan.
Meskipun begitu, kenyataan itu merupakan dikaitkan dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meminjam populariti skrip suara latar media sosial yang tular “guru, hentikan guru” untuk menyampaikan sindiran yang jelas kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.
Dalam ucapan dasarnya di Perhimpunan Agung Umno 2026, Timbalan Perdana Menteri itu mengkritik tindakan kerajaan mengenai program subsidi petrol Budi95 yang disasarkan yang berubah-ubah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








