LUAR NEGARA
‘Undang-undang mesti berjalan seperti sepatutnya’ – Raja Charles III
Bekas putera Andrew ditahan kerana disyaki menyalah guna kuasa ketika berkhidmat sebagai utusan perdagangan
LONDON – Raja Britain, Raja Charles III bertitah “undang-undang mesti berjalan seperti sepatutnya” selepas polis menahan adindanya, bekas putera Andrew Mountbatten-Windsor yang disyaki menyalah guna kuasa ketika berkhidmat sebagai utusan perdagangan.
Baginda bertitah, proses undang-undang mesti dipatuhi dan siasatan akan dilaksanakan sebaik mungkin oleh pihak berkuasa, lapor AFP.
“Dalam hal ini, seperti yang telah saya nyatakan sebelum ini, mereka (pihak berkuasa) mendapat sokongan dan kerjasama penuh serta tidak berbelah bahagi daripada kami,” kata baginda dalam Titah Diraja yang jarang dikeluarkan dan ditandatangani sendiri oleh baginda.
SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






