Undang-undang jalan raya tidak kenal parti politik – Anthony Loke
PUTRAJAYA – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengeluarkan saman kepada individu yang didapati menunggang motosikal tanpa memakai topi keledar ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor ke-16.
Arahan itu dibuat susulan penularan video di media sosial yang memaparkan sekumpulan petugas kempen termasuk daripada DAP, melanggar peraturan keselamatan jalan raya dengantidak memakai topi keledar ketika berkonvoi.
“Pendirian saya jelas dan konsisten sejak dahulu lagi.
“Ketika saya membangkitkan isu sama melibatkan pemimpin BN semasa kempen PRK Slim hampir enam tahun lalu, saya sudah tegaskan tidak salah menunggang motosikal semasa berkempen, tetapi setiap penunggang wajib memakai topi keledar dan menjadi contoh yang baik kepada rakyat,” kata Anthony dalam satu kenyataan, hari ini
Beliau berkata, prinsip tersebut terpakai kepada semua parti politik tanpa pengecualian, termasuk calon dan petugas kempen daripada gabungannya sendiri.
“Undang-undang mesti dikuatkuasakan secara adil dan saksama kepada semua rakyat Malaysia.
“Saya tidak akan berkompromi dengan prinsip ini walaupun ia melibatkan rakan sekempen sendiri,” katanya lagi.
Loke turut menegaskan bahawa keselamatan awam mesti mengatasi kepentingan politik mana-mana pihak dan mengesahkan JPJ akan mengambil tindakan berdasarkan semua bukti yang diterima tanpa mengira latar belakang politik pesalah.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















