Dataran Merdeka kawasan larangan menjaja – DBKL
KUALA LUMPUR – Aktiviti penjajaan air balang di sekitar Dataran Merdeka yang dirakam Sabtu lalu adalah menyalahi undang-undang dan tindakan sitaan sudah dilaksanakan.
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan, Dataran Merdeka adalah kawasan larangan menjaja bagi menjaga imej, kebersihan serta nilai warisan kawasan itu yang menjadi kebanggaan warga kota dan pelancong.
“DBKL turut mengingatkan pengunjung supaya tidak membeli daripada penjaja haram serta bersama-sama memainkan peranan menjaga kebersihan dan menghargai keindahan persekitaran.
“Kerjasama semua pihak amat dihargai demi memastikan Dataran Merdeka dan kawasan sekitar berada dalam keadaan bersih, selamat dan sejahtera untuk dikunjungi,” kata DBKL dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.
Terdahulu, pengguna media sosial memuat naik aktiviti penjajaan berkenaan yang kemudiannya mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








