AGAMABERITA SEMASA

PUTRA desak kerajaan usir Duta Besar AS dalam tempoh 24 jam

KUALA LUMPUR – Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) menggesa kerajaan mengambil tindakan tegas mengusir Duta Besar Amerika Syarikat (AS) dari negara ini dalam tempoh 24 jam susulan kenyataan Setiausaha Pertahanan negara itu, Pete Hegseth yang menyifatkan Islam sebagai ‘musuh’ dalam sidang media di Pentagon.

Presidennya, Ibrahim Ali berkata, kenyataan tersebut bukan sahaja menyinggung perasaan umat Islam di seluruh dunia malah berpotensi menjejaskan hubungan diplomatik serta menggugat keselamatan antarabangsa.

“Malaysia sebagai sebuah negara Islam tidak boleh berdiam diri terhadap kenyataan sebegini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, PUTRA turut mendesak Wisma Putra mengeluarkan kenyataan rasmi menolak sebarang retorik yang melabelkan Islam sebagai musuh, selain menggerakkan solidariti bersama negara-negara Islam lain dalam mempertahankan maruah umat.

Tambah Ibrahim, tiada ruang untuk berkompromi terhadap kenyataan berunsur penghinaan sedemikian dan tindakan tegas perlu diambil demi menjaga maruah negara serta prinsip keadilan sejagat.

Kenyataan yang didakwa menghina Islam itu dilaporkan dibuat oleh Pete Hegseth dalam satu sidang media di Pentagon pada 30 Mac 2026, ketika beliau mengulas mengenai situasi keselamatan dan konflik di Asia Barat.

Dalam konteks tersebut, beliau dikatakan menyentuh mengenai ancaman global dan ideologi yang dilihat mencabar kepentingan keselamatan AS sebelum mengeluarkan kenyataan yang mengaitkan Islam sebagai musuh.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button