BERITA SEMASA

PRN Sabah: 92.5 peratus pengundi awal tunaikan tanggungjawab

KOTA KINABALU – Proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 hari ini, merekodkan lebih 90 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam satu kenyataan berkata, sebanyak 92.5 peratus atau seramai 17,615 pengundi membuang undi, selepas semua 58 pusatnya ditutup pukul 5 petang tadi.

Peratusan itu melebihi sasaran 90 peratus yang telah ditetapkan.

SPR memaklumkan seramai 8,347 anggota tentera berserta pasangan masing-masing, dan 10,696 anggota polis termasuk daripada Pasukan Gerakan Am berserta pasangan mereka, layak mengundi awal pada PRN kali ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button