PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP optimis PH mampu pertahan kerusi
PUCHONG – Timbalan Ketua Wanita DAP, Yeo Bee Yin optimis kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu mampu dipertahankan menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) 11 Mei ini.
Menurut Bee Yin yang juga Ahli Parlimen Puchong, kemenangan tersebut penting bagi memastikan legasi yang ditinggalkan mendiang Lee Kee Hiong diteruskan.
“DAP perlu mempertahankan kerusi ini jadi kalau kita tengok apa-apa sentimen pun kita perlu buat yang terbaik bagi meneruskan legasi mendiang Lee Kee Hiong yang telah berkerja keras di kawasannya,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui media pada Majlis Pelancaran Ibu Pejabat KUKA Malaysia di Puchong hari ini.
Terdahulu, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh 11 Mei sebagai hari mengundi bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor.
PRK diadakan berikutan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lalu selepas beberapa tahun bertarung melawan kanser.
Dalam pada itu, kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) dijadulkan akan bermesyuarat pada hari ini untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu Mei depan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








