BERITA SEMASA

Presiden Mesir jemput PM hadiri Persidangan Pembangunan Semula Gaza

PUTRAJAYA – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Presiden Mesir, Abdel Fattah el-Sisi menjemput beliau untuk menghadiri Persidangan Pembangunan Semula Gaza yang akan berlangsung di Mesir.

Perdana Menteri berkata, jemputan itu sebagai sebahagian daripada usaha bersama memperkukuh sokongan antarabangsa terhadap pemulihan Gaza.

“Presiden El-Sisi juga menyatakan harapan agar kunjungan Presiden Donald Trump ke Malaysia minggu hadapan membawa hasil yang positif, memandangkan peranannya amat penting dalam menjamin keamanan yang berkekalan di Gaza,” katanya dalam perbualan telefon hari ini.

Dalam pada itu katanya, menerusi perbualan telefon itu, beliau turut dimaklumkan mengenai perkembangan terkini mengenai Pelan Damai Gaza.

Katanya, Presiden El-Sisi memaklumkan bahawa tumpuan kini diberikan kepada usaha mengenal pasti serta membawa keluar mayat tebusan rakyat Israel dari Gaza.

Beliau berkata, langkah itu agar rejim Zionis tidak mempunyai sebarang alasan untuk melengah atau menggagalkan proses damai yang sedang diusahakan.

“Beliau turut memaklumkan mengenai pelaksanaan fasa kedua pelan tersebut, iaitu pembinaan semula Gaza, keperluan melindungi Tebing Barat serta pelaksanaan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi penubuhan Pasukan Penstabilan Antarabangsa (ISF), “katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button