Prebet Siti Khadijah dinaikkan pangkat secara anumerta, keluarga terima bantuan TDM
KUALA LUMPUR – Allahyarhamah Siti Khadijah Sungip yang maut dalam insiden letupan ketika Latihan Membaling Grenad di Lapang Sasar Kem Hobart pada 16 Jun lalu, telah dinaikkan pangkat daripada Prebet kepada Lans Koperal secara anumerta.
Tentera Darat Malaysia (TDM) dalam kenyataan memaklumkan, Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman menyerahkan Sijil Kelulusan Kenaikan Pangkat kepada ibu Allahyarhamah, Zaleha Said ketika mengadakan lawatan kebajikan ke kediaman keluarga di Taman Sri Lambak, Kluang semalam.
Menurut TDM, dalam lawatan itu, Panglima Tentera Darat turut menyampaikan sumbangan peribadi serta bantuan daripada Yayasan Kolonel Yang Dipertua Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), kotak rezeki daripada Rejimen Askar Jurutera Diraja (RAJD) dan manfaat Insurans Kelompok Koperasi Tentera kepada bapa Allahyarhamah, Sungip Jais.
Selain itu, ibu Allahyarhamah turut menerima pencen terbitan, pencen orang tanggungan dan Ex-Gratia Orang Tanggungan berjumlah RM1,682.60 sebulan.
“Tentera Darat sentiasa memastikan kebajikan warga dan keluarga mereka terus terpelihara dengan menentukan waris menerima hak dan kelayakan mengikut peraturan yang terdapat dalam perkhidmatan,” kata kenyataan itu.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















