Polis tahan pengasuh disyaki dera bayi
CHERAS – Seorang pengasuh ditahan kerana dipercayai mendera beberapa bayi berusia antara enam hingga sembilan bulan di sebuah taska di Alam Indah, di sini.
Menurut Ketua Polis Cheras, Aidil Bolhassan, wanita tempatan berusia 26 tahun itu ditahan 16 Dis lalu susulan laporan diterima pihaknya.
“Sebanyak tiga laporan diterima berkaitan kes ini dan siasatan mendapati hanya seorang sahaja suspek terlibat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Tambahnya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) a Akta Kanak-Kanak 2001 dan dilakukan oleh Bahagian D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) IPK Kuala Lumpur.
Terdahulu, media melaporkan seorang wanita mendakwa trauma selepas rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tular di media sosial memaparkan anaknya berusia enam bulan dicampak, digolek dan ditampar pengasuh di taska terbabit.
Rakaman itu mencetuskan kemarahan orang ramai serta kebimbangan ibu bapa lain selain terdapat dakwaan beberapa bayi lain turut menjadi mangsa di situ.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






