JENAYAH & MAHKAMAH

MPV dipandu laju sebelum teribat kemalangan

KUALA LUMPUR – Siasatan awal polis mendapati, kenderaan pelbagai guna (MPV) yang terlibat dalam kemalangan maut lima pelajar Institut Kemahiran MARA (IKM) Kota Kinabalu, Sabah di Tuaran semalam, dipandu dengan laju.

Ketua Polis Daerah Tuaran, Superintendan Noraidin Ag Maidin berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 2 petang di simpang Rela Gayang ketika MPV terbabit dalam perjalanan dari arah Kota Kinabalu menuju Kota Belud.

“Siasatan awal mendapati kenderaan tersebut hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori dari arah Tuaran ke Kota Kinabalu.

“Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tuaran berjaya mengeluarkan semua mangsa yang tersepit, namun mereka disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pasukan perubatan,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Jasad kesemua mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Tuaran untuk bedah siasat.

Katanya, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Pihaknya telah merakam percakapan beberapa individu bagi membantu siasatan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik IPD Tuaran Insp. Haffiz di talian 011-61600964 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran.

Dalam kejadian pukul 2.09 petang semalam, lima pelajar lelaki iaitu Harianto Anuar, Neil Stanley Pletinie, Mohammad Ikhwan Kurniawan, Mohamad Zuhaikal Mohd Zaidy dan Daniel Sarag Jimmy meninggal dunia di tempat kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button