JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan pemandu e-hailing kerana disyaki buat gangguan seksual

JOHOR BAHRU – Polis menahan seorang pemandu e-hailing kerana disyaki membuat gangguan seksual terhadap seorang penumpang wanita warga Vietnam baru-baru ini.

Menurut Ketua Polis Johor, Datuk Ab Rahaman Arsad, lelaki tempatan berusia 26 tahun itu ditahan di satu lokasi di bandar raya ini semalam selepas menerima pihaknya laporan daripada mangsa pada hari yang sama.

Katanya, polis turut merampas dua telefon bimbit dan sebuah kereta jenis Perodua Bezza daripada mangsa.

“Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru hari ini dan majistret membenarkan reman selama tiga hari,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan iaitu menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan.

Baru-baru ini, tular satu video seorang pemandu e-panggilan yang dilihat melakukan gangguan seksual terhadap seorang penumpang wanita.

Dalam video yang dilaporkan dirakam oleh penumpang tersebut, pemandu itu dilihat menghulurkan tangan ke belakang untuk menyentuh wanita itu, namun ditepis.

Dia juga didengar bertanya umur wanita itu dan berapa ‘harganya’, dalam bahasa Mandarin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button