JENAYAH & MAHKAMAH

Polis tahan guru disyaki cabul pelajar lelaki

TEMERLOH – Polis menahan seorang guru kerana disyaki terlibat dalam kes amang seksual terhadap seorang pelajar lelaki sebuah sekolah di daerah ini.

Menurut Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Mohd Nasyim Bahron, guru lelaki berusia 38 tahun itu ditahan 16 Jun lalu.

Susulan penahanan suspek, polis turut merampas sebuah telefon bimbit dipercayai digunakan untuk merakam perbuatan berkenaan.

“Penahanan lelaki itu susulan laporan polis dibuat ibu remaja lelaki berusia 14 tahun itu, 15 Jun lalu.

“Berdasarkan laporan diterima, mangsa mendakwa suspek melakukan gangguan amang seksual terhadapnya sejak tahun lalu di sebuah rumah di kawasan Kuala Krau di sini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Mohd Nasyim berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan jika disabitkan dengan kesalahan.

Tambahnya, kertas siasatan akan dirujuk kepada pihak Pendakwa Raya untuk arahan lanjut sebaik siasatan dilengkapkan.

Dalam pada itu, beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes yang sedang disiasat itu.

Terdahulu, pihaknya mengesan satu hantaran di media sosial yang membangkitkan dakwaan berhubung kejadian berkenaan dan mengesahkan siasatan telah dijalankan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button