Tempoh reman pelajar didakwa pijak al-Quran disambung hingga Selasa
KUANTAN – Tempoh reman tehadap seorang pelajar universiti kerana memuat naik gambar memijak al-Quran dan hantaran menghina Nabi Muhammad, disambung sehingga Selasa depan.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Ashari Abu Samah berkata, perintah lanjutan reman terhadap suspek berusia 21 tahun itu dibenarkan bagi membolehkan siasatan diteruskan.
“Setakat ini, polis hanya membuat rampasan senaskhah al- Quran yang digunakan suspek,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.
Baru-baru ini, tular di media sosial gambar tindakan biadap yang memaparkan seorang lelaki memijak al-Quran dan tangkap layar hantaran individu didakwa penuntut sebuah universiti awam.
Turut tular gambar suspek serta tangkap layar komen penuntut terbabit menghina nabi Muhammad SAW.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







