Polis rampas arak tidak bercukai bernilai hampir RM1 juta
JOHOR BAHRU – Tiga lelaki warga asing ditahan, manakala pelbagai jenis arak tidak bercukai bernilai kira-kira RM952,000 dirampas pihak polis dalam satu serbuan di Taman Utama Pekan Nenas, di sini, Sabtu lalu.
Dalam satu kenyataan, Pegawai Pemerintah Batalion 5 Pasukan Gerakan Am (PGA), Superitenden Salehin Sulaiman memaklumkan serbuan kira-kira 12 tengah hari itu dijalankan sepasukan pegawai dan anggota PGA menerusi Operasi Taring Alpha 2.
“Hasil pemeriksaan ke atas premis yang disyaki dijadikan stor penyimpanan itu membawa kepada penahanan tiga lelaki berusia antara 24 hingga 33 tahun.
“Turut dirampas sebuah kenderaan jenis Proton Exora berwarna coklat serta sejumlah besar arak pelbagai jenama dipercayai tidak bercukai,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Salehin berkata, antara barangan dirampas termasuk ratusan kotak arak pelbagai jenama dan saiz.
“Modus operandi sindiket ini adalah menjadikan premis tersebut sebagai tempat penyimpanan sebelum diedarkan ke pasaran sekitar daerah Pontian mengikut pesanan,” katanya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








