BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Polis kesan lelaki rosakkan cermin sisi kereta di Cheras

KUALA LUMPUR – Polis sedang mengesan seorang lelaki yang dipercayai merosakkan cermin sisi sebuah kereta di kawasan Cheras seperti tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Mohd. Rosdi Daud berkata, pihaknya menerima laporan pada pukul 8.40 malam semalam berhubung satu video yang dimuat naik di laman media sosial TikTok oleh pemilik akaun @cyberjayaviral.

Menurut beliau, video berkenaan memaparkan seorang individu mematahkan cermin sisi sebuah kereta sebelum kejadian itu tular di media sosial.

“Kes dipercayai berlaku di kawasan Cheras dan disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan, Seksyen 506 Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, siasatan masih dijalankan bagi mengesan suspek serta pemilik kereta yang terlibat dalam kejadian tersebut.

“Polis juga sedang mengenal pasti pemilik akaun TikTok berkenaan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membantu siasatan,” katanya.

Terdahulu, tular satu rakaman video memaparkan seorang lelaki dipercayai memandu sebuah Honda HR-V keluar dari kenderaannya sebelum merosakkan cermin sisi sebuah kereta lain dan kemudian beredar dari lokasi kejadian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button