BERITA SEMASAPMX

PM mahu gerai peniaga kecil, penjaja diberi wajah baharu

KUALA LUMPUR – Gerai peniaga kecil dan penjaja di seluruh negara perlu beri wajah baharu dan beralih kepada infrastruktur lebih selesa, indah dan bersih.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak bertanggungjawab di semua peringkat merancang supaya melaksanakan perubahan tersebut.

Kata Perdana Menteri, pelan tersebut merupakan satu usaha mengangkat martabat sekali gus memberi penghormatan serta ihsan kepada golongan berpendapatan kecil, khususnya peniaga.

“Kita tukar wajah KL (Kuala Lumpur) dalam satu atau dua tahun ini. Bila tengok gerai, ia cantik dan bersih.

“Kita mesti ada dasar jelas, tunjukkan prihatin pada kelompok peringkat bawah. Kita tidak mahu ini dianggap saranan politik tetapi mahu tindakan,” katanya ketika berucap pada Majlis Perasmian D’Anjung Selera Madani di Bandar Tun Razak, di isni hari ini.

Dalam pada itu Anwar berkata, rancangan pembangunan tersebut perlu dilaksanakan dalam tempoh satu hingga dua tahun sahaja.

Beliau menegaskan, setiap kementerian dan jabatan kerajaan perlu ada perubahan minda dalam pembangunan demi keperluan serta kepentingan rakyat.

“Saya tidak mahu slogan Madani seperti kosong. Orang perlu tahu apabila ada Madani, ada sifat ihsan (dan) kasih sayang.

“Program pembangunan perlu disiapkan cepat, contoh kalau enam bulan (tempoh), saya tidak mahu, saya nak siap cepat jadi tiga bulan kerana kita sudah tinggalkan peluang ini sudah lama.

“Walaupun ada kekangan kewangan, tetapi inilah masanya kita gunakan kuasa sebaiknya jalankan amanah,” ujarnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button