AUTOMOTIF & TEKNOLOGI

Malaysia seru Kemboja dan Thailand hentikan pertempuran

PUTRAJAYA — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyuarakan kebimbangan berhubung pertembungan bersenjata antara pasukan keselamatan Kemboja dan Thailand di sepanjang sempadan kedua-dua negara hingga meragut nyawa serta mencederakan beberapa anggota.

Anwar berkata, beliau merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa dan menegaskan bahawa pertempuran baharu itu berisiko menjejaskan usaha berterusan untuk menstabilkan hubungan dua hala antara Bangkok dan Phnom Penh.

“Thailand dan Kemboja ialah rakan rapat Malaysia serta anggota utama ASEAN. Kami menggesa kedua-dua pihak agar menunjukkan tahap kawalan maksimum, mengekalkan komunikasi terbuka dan menggunakan sepenuhnya mekanisme sedia ada,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu katanya, Malaysia bersedia untuk membantu sebarang usaha yang dapat meredakan ketegangan dan menghalang insiden lanjut.

Beliau turut mengingatkan bahawa rantau ini tidak boleh membiarkan pertikaian lama kembali mencetuskan kitaran konfrontasi.

Katanya, keutamaan kini adalah menghentikan pertempuran, melindungi orang awam dan kembali ke meja diplomasi berlandaskan undang-undang antarabangsa serta semangat kejiranan ASEAN.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button