BERITA SEMASA

Perkongsian anak Najib sentuh emosi, keputusan mahkamah tidak mampu padam jasa ayah

KUALA LUMPUR – Di sebalik keputusan mahkamah yang menyaksikan Datuk Seri Najib Tun Razak didapati bersalah petang tadi, satu perkongsian anaknya di media sosial mencuri perhatian ramai apabila sarat dengan mesej emosi dan ketabahan.

Anak bongsu bekas Perdana Menteri itu, Nooryana Najib atau lebih dikenali sebagai Yana Najib, memuat naik sekeping gambar di Insta Story yang disertakan kata-kata sokongan buat bapanya sejurus keputusan mahkamah diumumkan.

 

“A court verdict cannot erase a lifetime of service, love and commitment to the people.We stay hopeful… We stay strong (Keputusan mahkamah tidak mampu memadam seumur hidup jasa, kasih sayang dan komitmen kepada rakyat. Kita kekal berharap… Kita kekal kuat,” tulisnya.

Dalam perkongsian sama, Yana turut memuat naik gambar Najib sedang memandang ke arah cucunya yang disifatkannya sebagai momen penuh makna dan menyentuh perasaan.

“The sweetest thing I saw today,” tulisnya ringkas disertakan simbol hati berwarna merah.

Terdahulu, Najib didapati bersalah atas 25 pertuduhan berkaitan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) berjumlah RM2.3 bilion oleh Mahkamah Tinggi di Putrajaya hari ini.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan tersebut selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap semua pertuduhan yang dikemukakan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button