
Perangkap buaya akan dipasang di Tasik Shah Alam – Perhilitan
SHAH ALAM – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor akan memasang perangkap di Tasik Shah Alam, Seksyen 7, di sini bagi menangkap buaya yang dikesan muncul di kawasan rekreasi berkenaan.
Selain itu pihak berkuasa berkenaan juga memaklumkan telah dan akan memasang lebih banyak papan tanda sebagai peringatan kepada orang awam dalam masa terdekat.
Buat masa ini, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memasang pita penghadang bagi mengelakkan pengunjung menghampiri kawasan air.
MBSA dalam kenyataan di Facebooknya memaklumkan pemantauan akan dilakukan dari semasa ke semasa selepas pihaknya melakukan lawatan tapak dan berbincang dengan pihak Perhilitan Negeri Selangor.

Perbincangan dihadiri oleh Pengarah Korporat dan Perhubungan Awam Mohd Azhar Mohd Sharif; Pengarah Kesihatan Persekitaran, Norhisham Mohammad dan Timbalan Pengarah Perhilitan Selangor, Mohd Amir Abu Bakar.
“Perhilitan Selangor akan meletakkan kain rentang peringatan di sekitar Tasik Shah Alam, Seksyen 7 serta memasang perangkap bagi menangkap buaya yang dipercayai muncul di kawasan itu.
“Orang ramai diminta untuk berhati-hati dan jika perlu mengelakkan beriadah di sekitar Tasik Seksyen 7, Shah Alam,” menurut kenyataan itu.

| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








