BERITA SEMASA

Nelayan Pantai Siring tangkap buaya tembaga 500kg

JASIN – Seekor buaya tembaga seberat lebih 500 kilogram telah berjaya ditangkap sekumpulan nelayan di Pantai Siring pagi tadi.

Komander Operasi Penguasa Bomba Kanan II, Mohd. Suffian Abu Bakar berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 12.06 tengah hari tadi.

“Jentera Bomba tiba di lokasi pada pukul 12.17 tengah hari dan mendapati seekor buaya tembaga sepanjang lima meter telah berjaya ditangkap oleh nelayan di kawasan itu.

“Pasukan bomba telah menghubungi Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan)
berkaitan memindahkan haiwan tersebut ke pusat konservasi,” katanya memetik laporan Kosmo Online hari ini.

Beberapa klip video berkaitan kejadian turut tular di media sosial memaparkan buaya itu ditambat menggunakan tali di pesisir pantai dipercayai bagi menunggu tindakan lanjut daripada pihak Perhilitan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button