Lelaki misteri terperangkap di tiang MRT rupanya pencuri kabel
KUALA LUMPUR – Misteri seorang lelaki yang sebelum ini mencetuskan tanda tanya selepas terperangkap di tiang landasan Transit Aliran Massa (MRT) di Taman Tun Dr Ismail (TTDI) terjawab apabila dia dipercayai adalah pencuri kabel.
Kelibat seorang lelaki tidak berbaju yang berada di celah-celah tiang MRT baru-baru ini mencetuskan tanda tanya kerana kedudukannya yang terlalu tinggi dan sukar untuk dicapai.
Menurut kenyataan Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur (PGOKL), pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada pukul 2.41 pagi sebelum sebuah jentera bersama anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sri Hartamas digegaskan ke lokasi.
Operasi menyelamat dijalankan dengan bantuan jentera Aerial Ladder Platform (ALP), membolehkan mangsa yang merupakan seorang lelaki tempatan berusia 30 tahun itu diturunkan dengan selamat.
Mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis selepas disyaki terbabit dalam kegiatan mencuri kabel.
“Seramai 12 anggota bersama pegawai pelbagai pangkat terlibat dalam operasi ini,” kata PGOKL.
Siasatan polis mendapati individu terbabit dipercayai cuba mencuri kabel MRT sebelum terperangkap dan gagal meloloskan diri.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








