Lagi kes penduduk dibaham buaya di Kinabatangan
KINABATANGAN – Seorang lelaki dikhuatiri dibaham buaya ketika memukat ikan di kawasan Estet Global, di Sukau, malam malam.
Dalam serangan terbaharu reptilia itu, mangsa, Nasran Matzen, 57, bersama dua rakannya dipercayai pergi ke sungai berhampiran kawasan ladang itu untuk memukat sebelum mangsa dikatakan tiba-tiba hilang daripada pandangan.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan, Suriyadi Darwis berkata, berdasarkan maklumat rakan mangsa, mereka menjalankan pencarian di kawasan terakhir mangsa dilihat sebaik mendapati mangsa hilang namun hanya menemui cebisan organ badan dan seluar mangsa.
Katanya, bomba menerima laporan mengenai kejadian itu daripada pihak polis pada 10.23 pagi semalam sebelum menghantar empat anggota ke lokasi kejadian.
“Operasi mencari dan menyelamat dilancarkan bersama agensi keselamatan lain dan penduduk kampung menggunakan kaedah pencarian di atas permukaan air.
“Operasi mencari dilakukan dalam lingkungan satu kilometer, namun setakat ini mangsa belum ditemui,” katanya memetik laporan BH Online.
Kejadian itu berlaku selang sehari selepas seorang mangsa yang dilaporkan ditemui dengan kesan gigitan buaya pada perut dan leher, Rusli Mardin, 57, di Kampung Batu Putih, di sini.
Rusli dilaporkan hilang pada Jumaat lalu selepas dipercayai dibaham buaya ketika mencuci bot di Sungai Kinabatangan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |

















