(TIDAK RASMI) BN mendahului PRK Kinabatangan, Lamag
KINABATANGAN – Calon Barisan Nasional (BN), Mohd Kurniawan Naim Moktar mendahului keputusan tidak rasmi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kinabatangan setakat jam 6.20 petang ini.
Beliau mendapat 2,450 undi berbanding pesaing terdekat iaitu calon WARISAN, Datuk Saddi Abdul Rahman yang mendapat 692 undi, lapor BH Online.
Setakat ini, 20 peti undi sudah dikira membabitkan peti undi yang dibawa ke Pusat Penjumlahan Rasmi Undi di Dewan Sri Lamag menggunakan helikopter.
Sementara itu, bagi kerusi DUN Lamag, calon BN, Mohd Ismail Ayob juga mendahului dengan 477 undi, berbanding Mazliwati Abdul Malek (WARISAN) yang mendapat 92 undi daripada tiga peti undi yang dikira.
Selain BN dan WARISAN, PRK Parlimen Kinabatangan yang menyaksikan saingan tiga penjuru turut ditandingi calon Goldam Hamid (Bebas), manakala DUN Lamag menyaksikan saingan satu lawan satu antara BN dan WARISAN.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








