
Perak jadi lokasi utama sambutan Hari Sukan Negara, lebih banyak sukan dipertandingkan
PUTRAJAYA – Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli memaklumkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2025 bakal diperluaskan ke luar Lembah Klang dengan Perak dipilih sebagai lokasi utama penganjuran tahun ini.
Menurut beliau, langkah membawa HSN ke luar ibu negara merupakan antara usaha memastikan lebih ramai rakyat, terutamanya di kawasan luar bandar dapat terlibat secara langsung dalam aktiviti sukan dan kecergasan.

“Ini adalah kali pertama dalam tempoh sepuluh tahun HSN diadakan di luar Lembah Klang.
“Berdasarkan rekod tahun lalu, Perak mencatatkan antara kehadiran tertinggi dalam sambutan peringkat negeri, khususnya di Ipoh.
“Maka kita yakin sambutan peringkat kebangsaan tahun ini akan lebih meriah,” katanya dalam sidang media sempena pelancaran Hari Sukan Negara dan KBS Masters Games.
Adam turut mengumumkan penambahan jumlah acara sukan bagi KBS Masters Games, daripada 12 kepada 19 jenis sukan yang melibatkan penyertaan pelbagai peringkat usia.
“Penambahan sukan ini bertujuan membuka lebih banyak ruang kepada masyarakat untuk turut serta, terutama bagi mereka yang dahulunya aktif bersukan semasa muda tetapi kini kekurangan platform untuk terus bersaing,” katanya lagi.
Tambah beliau, KBS komited untuk memastikan penganjuran kedua-dua program itu mendapat sambutan hangat seperti tahun-tahun terdahulu, dan akan terus mengemaskini perkembangan dari semasa ke semasa.
“Ini adalah satu bentuk galakan kepada gaya hidup sihat dan sokongan terhadap pembangunan sukan komuniti,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







