BERITA SEMASAPOLITIK

Rakyat perlu bangkit bersama Anwar, bukan kecam – Adam Adli

KUALA LUMPUR – Himpunan solidariti yang bakal diadakan pada Sabtu ini perlu dijadikan sebagai satu wadah untuk membangkitkan semangat rakyat dan penghargaan terhadap pengorbanan serta kerja keras Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam usaha memulihkan negara.

Ahli Parlimen Hang Tuah Jaya, Adam Adli Abdul Halim berkata, himpunan itu bukanlah medan untuk mengecam mana-mana pihak, sebaliknya satu manifestasi sokongan terhadap kepimpinan negara dalam kerangka Malaysia MADANI.

“Ini adalah Malaysia MADANI yang menjamin ruang untuk semua menyatakan pandangan secara aman sama ada sokongan mahupun bantahan.

“Namun dalam konteks himpunan Sabtu ini, kita harap ia benar-benar menjadi simbol semangat dan sokongan terhadap usaha Datuk Seri Anwar.

“Ramai bercakap hari ini, tetapi suara kebaikan sering kali diketepikan. Inilah masanya kita tampil secara jelas,” katanya kepada Malaysia Tribune di sini hari ini.

Adam yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR berkata, perhimpunan yang diadakan di kediaman Perdana Menteri itu akan dijalankan secara aman dengan kebenaran pihak berkuasa.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil yang tampil bersama menyatakan dokongan dalam suasana politik yang semakin mencabar.

“Himpunan ini bukan untuk mengecam sesiapa. Itu budaya lama yang tidak perlu kita ulang.

“Sebaliknya, kita mahu perhimpunan ini menjadi tanda sokongan, dokongan dan solidariti terhadap usaha memimpin negara ke arah lebih baik,” katanya lagi.

Menurut beliau, perhimpunan tersebut juga membawa mesej jelas bahawa rakyat masih bersama kepimpinan yang memperjuangkan keadilan, integriti dan masa depan negara secara kolektif.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button