PM beri amaran pihak sekolah jangan sembunyi salah laku demi reputasi
PUTRAJAYA –Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan pengetua dan guru besar supaya tidak menyembunyikan apa-apa kes buli, jenayah serta salah laku disiplin hanya kerana mahu menjaga imej dan reputasi sekolah.
Beliau berkata, perkara itu jika dibiarkan berterusan boleh diibaratkan seperti melindungi perbuatan jenayah.
“Antara punca masalah ini berlaku ialah salah faham atau keutamaan pihak pentadbir sekolah yang lebih cenderung melindungi imej sekolah berbanding menangani masalah sebenar.
“Kadang-kadang buli itu kecil, tetapi kalau dibiarkan boleh jadi besar. Saya sendiri dengar ada kes sebegitu ketika bertemu pelajar dan ibu bapa.
“Ada kalanya pihak sekolah cuba menutup kes buli bagi menjaga reputasi institusi masing-masing,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat Jumaat di Surau Jannatul Firdaus, Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Seruling, Presint 5, di sini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








