POLITIK

Cadangan ‘Turun Saarani’ disindir sebagai kerja sia-sia, pembangkang terdesak alih perhatian

IPOH – Cadangan untuk menganjurkan kempen ‘Turun Saarani’ selepas himpunan ‘Turun Anwar’ disifatkan sebagai tindakan tidak berfaedah, hanya membuang masa dan mencerminkan ketiadaan agenda kukuh daripada pihak pembangkang di Perak.

Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Taiping, Sharimah Abd Samad menegaskan, tiada keperluan langsung untuk menukar kepimpinan Datuk Seri Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar memandangkan pentadbiran negeri jelas menunjukkan prestasi cemerlang dan stabil sejak pembentukan kerajaan campuran selepas Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Apa faedahnya nak tukar Saarani? Negeri berjalan lancar, pelaburan masuk, pembangunan berjalan, malah rekod pentadbiran juga baik. Kalau betul ada bukti kukuh, bawa sahaja usul ke Dewan Undangan Negeri.

“Jangan main provokasi murahan di media sosial,” katanya ketika dihubungi Malaysia Tribune.

Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Taiping, Sharimah Abd Samad menegaskan, tiada keperluan langsung untuk menukar kepimpinan Datuk Seri Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar memandangkan pentadbiran negeri jelas menunjukkan prestasi cemerlang dan stabil
Timbalan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Taiping, Sharimah Abd Samad menegaskan, tiada keperluan langsung untuk menukar kepimpinan Datuk Seri Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar memandangkan pentadbiran negeri jelas menunjukkan prestasi cemerlang dan stabil

Terdahulu, Pengarah Strategi Dewan Pemuda PAS Perak, Nurhafizul Badrul Hisham dalam satu hantaran di Facebook mencadangkan supaya gerakan ‘Turun Saarani’ dilancarkan bagi menolak kepimpinan Saarani yang didakwa menjadi pencetus kepada kerjasama UMNO-DAP pasca PRU15, kononnya merugikan Melayu dan Islam.

Namun, dakwaan tersebut dilihat tidak berlandaskan fakta dan lebih kepada sentimen politik sempit.

Sharimah turut menyifatkan langkah itu sebagai usaha pembangkang mengalih perhatian rakyat daripada kegagalan mereka mengemukakan isu-isu konkrit di peringkat negeri.

“Mereka sebenarnya sudah kehabisan isu. Maka mereka cipta ‘demo’ demi ‘demo’ untuk mencetus kemarahan rakyat. Tapi rakyat hari ini makin bijak menilai.

“Mereka mahu penyelesaian kepada kos sara hidup, bukan drama politik setiap minggu,” katanya lagi.

Pemerhati politik tempatan juga menyifatkan tindakan seperti ini hanya membazir masa dan tenaga, ketika rakyat mengharapkan wakil-wakil rakyat menumpukan usaha kepada pemulihan ekonomi dan kebajikan sosial.

Setakat ini, tiada pengumuman rasmi berhubung penganjuran himpunan tersebut, namun seruan di media sosial itu jelas menunjukkan percubaan untuk menimbulkan ketegangan politik di peringkat negeri.

Menurut tinjauan di platform media sosial, cadangan ‘Turun Saarani’ tidak menerima sambutan luas, malah turut dikritik oleh sebahagian netizen sebagai tindakan terdesak dan tidak membantu rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button