BERITA SEMASAAUTOMOTIF & TEKNOLOGI

Penyelengaraan jalan dihentikan sepena Aidilfitri – Menteri

PUTRAJAYA – Semua kerja penyelengaraan jalan melibatkan penutupan lorong akan dihentikan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri ini.

Menteri Kerja Raya, Datuk Alexander Nata Linggi berkata, sehubungan itu mulai hari ini tiada lagi kerja-kerja penyelengaraan jalan yang melibatkan penutupan lorong.

“Semua aktiviti penyelengaraan dihentikan sementara sehingga 17 April,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook hari ini.

Beliau berkata, hanya kerja-kerja kecemasan yang akan dibenarkan sekiranya perlu.

Sementara itu beliau turut berpesan supaya orang ramai merancang perjalanan di musim perayaan ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button