BERITA SEMASA

KPN seru rakyat Malaysia kekalkan keharmonian, elak provokasi

PUTRAJAYA – Rakyat Malaysia dinasihatkan agar terus mengekalkan keharmonian dan mengelakkan sebarang provokasi berunsur perkauman dan keagamaan, khususnya menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail menegaskan keamanan dan ketenteraman negara hanya dapat dipelihara melalui sikap saling menghormati serta toleransi dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.

“Dalam suasana negara majmuk seperti Malaysia, solidariti rakyat amatpenting bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam sentiasa terjamin.” jelas beliau dalam satu sidang media semalam.

Kenyataan tersebut dibuat susulan pengumuman Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung empat individu yang akan dihadapkan ke mahkamah esok atas pelbagai kesalahan berkaitan provokasi agama dan kaum.

Antara kesalahan tersebut, termasuk menghina institusi agama, merosakkan simbol suci, dan menghasut penganjuran bantahan jalanan.

Mengulas lanjut, PDRM menjelaskan siasatan terhadap kes berkenaan dijalankan secara telus dan profesional mengikut peruntukan undang-undang.

“Polis hanya menjalankan siasatan berdasarkan laporan dan pelanggaran undang-undang. Keputusan untuk membuat pertuduhan di mahkamah adalah sepenuhnya bawah bidang kuasa Jabatan Peguam Negara (AGC),” tegasnya.

Selain itu, PDRM juga memberi jaminan akan terus komited memelihara ketenteraman awam dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba menggugat keselamatan negara.

Orang ramai turut dinasihatkan supaya menyalurkan pandangan secara berhemah, mematuhi undang-undang, serta tidak menyebarkan sebarang kenyataan berunsur hasutan di media sosial.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button