BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Penuntut UM maut jatuh bangunan kolej selamat dikebumi

JOHOR BAHRU – Suasana hiba menyelubungi Tanah Perkuburan Islam Mutmainnah Cahaya Masai, Pasir Gudang apabila jenazah penuntut Universiti Malaya (UM), Allahyarham Ahmad Arif Zawir Mohd Ali, selamat dikebumikan sekitar pukul 6.20 petang semalam dalam hujan renyai.

Kira-kira 100 individu termasuk ahli keluarga, rakan-rakan serta kenalan arwah dari universiti berkenaan hadir memberi penghormatan terakhir kepada pelajar tahun akhir Jabatan Fiqh Usul dan Sains Gunaan, Akademi Pengajian Islam UM itu.

Polis sahkan pelajar UM maut akibat cedera di kepala dan dada, tiada unsur jenayah
Allahyarham Ahmad Arif Zawir.

Jenazah Ahmad Arif, 22, tiba di tanah perkuburan pada pukul 5.45 petang sebelum disemadikan dengan suasana penuh sebak.

Difahamkan kedua ibu bapa Allahyarham tidak sempat hadir ke majlis pengebumian anak mereka kerana dalam perjalanan pulang dari Mekah.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat memaklumkan hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan serius di kepala dan dada, namun tiada sebarang kesan jerutan atau unsur jenayah dikesan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button