BERITA SEMASA

Penerbangan MH21 Malaysia Airlines isytihar kecemasan di Paris

PARIS – Sebuah pesawat Airbus A350 Malaysia Airlines dilapor mengisytiharkan kecemasan sebaik berlepas dari Lapangan Terbang Charles de Gaulle (CDG), di sini semalam.

Penerbangan MH21 itu berlepas dari CDG pada pukul 11.55 pagi waktu tempatan (CET), kira-kira 45 minit lewat daripada jadual asal berikutan keadaan bersalji di lapangan terbang berkenaan.

Pesawat Airbus A350 dengan pendaftaran 9M-MAB itu berlepas dari landasan 27L, namun menghentikan pendakian pada ketinggian 4,572 meter.

Juruterbang pesawat itu kemudiannya mengisytiharkan kecemasan (kod squawk 7700) ketika berada di ruang udara tengah Perancis, susulan masalah membabitkan sistem panduan pesawat.

Menurut laman sesawang penjejakan penerbangan, flightaware.com, pesawat berkenaan berpatah balik dan mendarat di CDG pada pukul 3.36 petang waktu tempatan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button