JENAYAH & MAHKAMAH

Pendakwah terkenal direman, bantu siasatan seleweng dana pusat pengajian

SUNGAI PETANI – Seorang pendakwah terkenal dikenakan perintah reman di Mahkamah Majistret, di sini hari ini, bagi membantu siasatan berhubung kes penyelewengan dana sebuah pusat pengajian agama.

Perintah reman selama satu hari itu dibenarkan Majistret Noor Fadlina Musa selepas menerima permohonan yang dikemukakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Difahamkan pendakwa yang juga pengasas sebuah pusat pengajian agama terkemuka di daerah Kuala Muda itu ditahan ketika memberi keterangan di Pejabat SPRM, di sini semalam.

Pendakwah terbabit pernah disiasat SPRM berhubung tuduhan mengutip dana awam dan melakukan penyelewengan kutipan derma bagi kegunaan peribadi.

Beliau dikatakan bertindak mengambil sejumlah komisyen dalam kutipan derma bagi membeli pelbagai aset dan kenderaan mewah.

Difahamkan, satu kenyataan rasmi berhubung perintah reman terbabit akan dikeluarkan pihak SPRM Putrajaya dalam amsa terdekat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button