BERITA SEMASA

Pendaki cedera, terpisah dari kumpulan ditemui selamat

GUA MUSANG – Seorang pendaki yang dilaporkan terjatuh ke kawasan curam berhampiran Kem Tudung Periuk, di sini, semalam, ditemui selamat oleh malim gunung.

Mangsa, Muhammad Asrul Quyyum Asmmuddin, 23, sebelum itu dipercayai terpisah daripada kumpulannya selepas tergelincir daripada laluan pendakian, namun tidak mengalami kecederaan serius dan masih mampu berjalan.

BACA JUGA:
Bomba gerakkan anggota bantu pendaki cedera terpisah dari kumpulan

Susulan kejadian, seramai empat anggota dan pegawai Balai Bomba Gua Musang digerakkan ke lokasi kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

Bagaimanapun, menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang, Penolong Kanan Penguasa Bomba Muhammad Azrul Izzham Zulkifli, ketika dalam perjalanan ke lokasi, pihaknya menerima makluman pendaki terbabit sudah ditemui seorang malim gunung.

Katanya, pada masa sama pihaknya turut mendapat makluman daripada seorang malim gunung dalam kumpulan terbabit bahawa terdapat juga seorang pendaki wanita berusia 23 tahun yang cedera bahagian kaki dan mengalami hipoglisemia serta tidak boleh berjalan.

“Kira-kira pukul 7.35 pagi tadi, kami menerima laporan daripada seorang peserta di lokasi melalui pesanan suara WhatsApp menyatakan mangsa yang terjatuh sudah dijumpai oleh malim gunung.

“Mereka selamat dan sudah dibawa turun ke kawasan selamat di Lojing menggunakan lori sayur dan akan dibawa ke hospital,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button