JENAYAH & MAHKAMAH

Lelaki cedera parah diserang parang, polis tahan suspek positif dadah

BUTTERWORTH – Seorang lelaki mengalami kecederaan parah termasuk anggota badan putus selepas diserang menggunakan sebilah parang dalam kejadian di Telok Ayer Tawar, kelmarin.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.16 malam di Jalan Besar, Permatang Pauh membabitkan mangsa dan seorang lelaki yang dikenalinya.

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati insiden berkenaan berlaku di kawasan sebuah bengkel kenderaan sebelum dirakam kamera litar tertutup (CCTV).

“Mangsa mengalami kecederaan serius iaitu luka di bahagian belakang badan, lima jahitan di kepala, selain jari telunjuk tangan kanan putus, jari tengah hampir putus serta pergelangan tangan kiri hampir putus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa kini masih menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya.

Dalam perkembangan sama, polis turut menahan seorang lelaki tempatan pada 1 April lalu bagi membantu siasatan kes berkenaan di sekitar Butterworth.

“Hasil saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis methamphetamine, selain mempunyai dua rekod jenayah dan 11 rekod berkaitan dadah,” katanya lagi.

Menurutnya, suspek telah dibawa ke Mahkamah Butterworth dan direman selama tujuh hari bermula 15 hingga 21 April bagi membantu siasatan lanjut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan parah menggunakan senjata berbahaya.

Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan kes tersebut.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button