BERITA SEMASA

Pendaki Australia hilang di Gunung Santubong ditemui selamat

KUCHING – Seorang wanita warga Australia yang dilaporkan hilang ketika mendaki di Gunung Santubong berjaya ditemui dalam keadaan selamat selepas operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan hari ini.

Mangsa, Belinda Lapier ditemui pada pukul 11.59 pagi oleh pasukan penyelamat dengan hanya mengalami kecederaan ringan.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sarawak memaklumkan, mangsa dipercayai tersasar dari laluan F10 ketika menuruni puncak sebelum sesat di kawasan F7.

santubong
Gambar pelancong Australia, Belinda Lapier ketika berada di puncak Gunung Santubong. – Foto JBPM

Menurut kenyataan itu, lokasi mangsa berjaya dikenal pasti selepas pasukan SAR dapat berkomunikasi dengannya namun usaha menyelamat berdepan cabaran besar berikutan keadaan laluan yang sangat curam.

BACA JUGA:

Pelancong Australia hilang di Gunung Santubong, SAR berdepan laluan sukar

Lokasi pelancong Australia jatuh gaung di Gunung Santubong dikenal pasti

“Terdapat halangan laluan dengan kecerunan sehingga 90 darjah selain dipenuhi batu besar dan pokok tumbang yang menyukarkan operasi,” katanya memetik laporan Kosmo! Online.

Sebelum itu, pihak Forest Santubong memaklumkan mangsa dikhuatiri terjatuh sebelum berjaya dihubungi sekitar pukul 5 petang semalam, namun hanya suaranya dapat didengar tanpa kedudukan sebenar dapat dikenal pasti.

Operasi SAR melibatkan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Petra Jaya yang dibahagikan kepada dua kumpulan, dengan satu pasukan menggunakan laluan alternatif bagi menjejaki mangsa.

Dalam masa sama, usaha mengesan mangsa menggunakan dron oleh pihak polis juga tidak berhasil berikutan keadaan hutan yang terlalu tebal.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button