Pemimpin tertinggi Iran kini sihat sepenuhnya
TEHRAN – Pemimpin Tertinggi Iran, Mojtaba Khamenei dilaporkan berada dalam keadaan ‘sihat sepenuhnya’ selepas mengalami kecederaan ketika serangan Amerika Syarikat (AS)-Israel pada 28 Februari lalu.
Seorang pegawai kanan Iran mengesahkan, Mojtaba cedera pada tempurung lutut dan bahagian bawah belakang akibat gelombang letupan ketika menuju ke kediamannya dalam serangan tersebut.
Menurut Pengarah Protokol Pejabat Pemimpin Tertinggi Iran, Mazaher Hosseini, Mojtaba kini semakin pulih daripada kecederaan yang dialami dalam serangan berkenaan.
Beliau dalam masa sama turut menolak spekulasi bahawa Mojtaba mengalami kecederaan serius di bahagian muka, sebaliknya hanya mengalami luka di belakang telinganya.
Hosseini berkata, Mojtaba berada di lokasi ketika serangan pada 28 Februari itu berlaku.
Serangan itu turut mengorbankan bapa Mojtaba, Ali Khamenei bersama beberapa pegawai kanan Iran di lokasi berhampiran.
Menurut Hosseini, kediaman Mojtaba menjadi sasaran langsung dalam serangan tersebut menyebabkan isterinya dan beberapa individu lain terbunuh.
Mojtaba kemudian mengambil alih jawatan Pemimpin Tertinggi Iran 9 Mac lalu selepas kematian bapanya.
Hosseini berkata, musuh Iran kini cuba mendapatkan bahan audio atau video berkaitan Mojtaba bagi melancarkan tindakan terhadapnya.
Beliau menegaskan pemimpin tertinggi itu akan berucap kepada rakyat pada ‘masa yang sesuai’.
Perkembangan tersebut berlaku ketika gencatan senjata antara AS dan Iran masih rapuh, manakala usaha damai yang dimudah cara Pakistan belum menghasilkan perjanjian berkekalan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








