BERITA SEMASA

MWL kecam serangan Iran terhadap negara Arab

MEKAH – Pertubuhan Liga Dunia Muslim (MWL) mengutuk keras tindakan yang didakwa sebagai pencerobohan Iran terhadap beberapa negara Arab dalam konflik terkini di Asia Barat.

Setiausaha Agung MWL yang juga Pengerusi Organisasi Sarjana Muslim, Mohammed Abdulkarim Al-Issa berkata, serangan itu disifatkan sebagai tindakan jelas mencabul nilai agama serta melanggar undang-undang dan norma kemanusiaan antarabangsa.

Beliau berkata, masyarakat antarabangsa perlu bertindak tegas bagi mengekang sebarang bentuk keganasan dan pencerobohan yang boleh menjejaskan keselamatan serta kestabilan rantau tersebut.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan ketegangan yang meningkat di Asia Barat selepas beberapa siri serangan dan tindakan balas dilaporkan membabitkan Iran serta negara sekutunya dengan Israel dan Amerika Syarikat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button