BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Pemandu van ditahan selepas tular video turunkan pelajar ketika bergerak

KAJANG – Seorang pemandu van ditahan polis selepas tular rakaman video yang memaparkan tindakannya menurunkan dan mengambil dua pelajar sekolah ketika kenderaan masih bergerak.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, video itu dikesan tular menerusi akaun Facebook ‘Malaysia Baru New’ semalam pada pukul 5.43 petang.

“Hasil semakan mendapati van terbabit dalam keadaan bergerak semasa menurunkan serta mengambil dua pelajar sekolah.

“Tindakan tersebut bukan sahaja berisiko terhadap keselamatan pelajar malah turut membahayakan pengguna jalan raya lain,” katanya dalam kenyataan semalam.

Naazron berkata, susulan itu pihak polis mengesan dan menahan pemandu van terbabit iaitu seorang lelaki tempatan berusia 59 tahun bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat, Inspektor Ahmad Zahrein di talian 017-3818422.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button