Kes buli di Kajang: Tujuh pelajar dikenakan tindakan disiplin
KAJANG – Tujuh pelajar sebuah sekolah menengah di sini dikenakan tindakan disiplin selepas terlibat dalam insiden gangguan terhadap seorang pelajar perempuan yang tular di media sosial.
Ketua Polis Daerah Kajang, Asistan Komisioner Naazron Abdul Yusof berkata, pihaknya mengesan rakaman berdurasi 47 saat yang memaparkan sekumpulan pelajar didakwa melakukan buli secara lisan terhadap mangsa.
Bagaimanapun, beliau memaklumkan setakat ini tiada laporan polis diterima berhubung kejadian berkenaan.
Menurutnya, hasil siasatan mendapati insiden itu berlaku pada pukul 11.30 pagi semalam dan melibatkan tujuh pelajar daripada kelas berbeza.
“Rakaman tidak menunjukkan sebarang sentuhan fizikal atau interaksi lisan yang bersifat agresif.
“Susulan kejadian, pihak sekolah bersama pegawai polis selaku Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) telah mengambil tindakan segera dengan mengadakan sesi pertemuan serta libat urus melibatkan ibu bapa dan penjaga mangsa serta pelajar terlibat.
“Tindakan sewajarnya juga telah dikenakan terhadap kesemua tujuh pelajar berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata, pihak polis akan terus bekerjasama rapat dengan pihak sekolah bagi memastikan sebarang perlakuan yang boleh menjejaskan kesejahteraan pelajar, termasuk kata-kata yang berpotensi mengganggu emosi, dapat ditangani dengan segera.
Terdahulu, tular satu video memaparkan beberapa pelajar lelaki dan perempuan mengganggu seorang pelajar perempuan di dalam kelas di sebuah sekolah menengah, di sini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







