BERITA SEMASA

Gempa bumi kuat landa Rantau Sumbawa – MetMalaysia

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan gempa bumi kuat berukuran 6.0 magnitud telah berlaku di Rantau Sumbawa pada pukul 6.55 pagi tadi.

Menurut MetMalaysia, gempa itu berpusat pada koordinat 9.7 darjah Selatan dan 118.9 darjah Timur, kira-kira 140 kilometer (km) Selatan dari Bima, Indonesia.

Gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 87 km.

“Tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan kejadian itu,” menurut kenyataan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button