Pemandu bas ekspres, wanita diriba didakwa hari ini
JASIN – Seorang pemandu bas ekspres bersama seorang wanita yang diribanya ketika memandu akan didakwa di Mahkamah Majistret Jasin pagi ini susulan video tular yang mencetuskan kebimbangan orang ramai.
Ketua Polis Daerah Jasin, Superintendan Lee Robert berkata, lelaki berusia 36 tahun dan wanita berusia 21 tahun itu akan dibawa ke mahkamah berkenaan untuk pertuduhan.
Menurutnya, Timbalan Pendakwa Raya telah memberikan arahan untuk kedua-dua mereka didakwa berdasarkan hasil siasatan yang dijalankan.
“Pertuduhan dibuat susulan maklumat yang diperoleh pihak polis berkaitan kejadian tersebut,” katanya memetik laporan Metro Online.
BACA JUGA:
JPJ siasat video tular pemandu bas ekspres riba wanita ketika memandu
Pemandu bas ekspres riba wanita ditamatkan perkhidmatan serta-merta – Sri Maju Group
Terdahulu, kedua-dua individu itu direman selama empat hari bermula semalam hingga Ahad ini bagi membantu siasatan kes berkenaan.
Perintah reman dikeluarkan Majistret Mazana Sinin selepas membenarkan permohonan pihak polis.
Isnin lalu, tular video berdurasi lapan saat di media sosial memaparkan tindakan pemandu bas itu meriba seorang wanita ketika memandu menuju susur masuk kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Bemban, arah selatan, kira-kira pukul 7.30 malam Ahad.
Bas ekspres tersebut dilaporkan dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS) ke Larkin, Johor Bahru.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








