BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Ugut pengamal media, tertuduh kes khianat dituduh semula

JOHOR BAHRU – Seorang bapa tujuh anak, Muhammad Firdaus Abdullah, 50, dihadapkan sekali lagi ke Mahkamah Majistret di sini selepas mengaku bersalah mengugut jurukamera TV3 yang membuat liputan kesnya.

Kejadian berlaku di pekarangan mahkamah pada jam 9 pagi semalam, sebelum prosiding kes langgar kereta yang turut melibatkan tertuduh.

Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan dan didenda RM3,000 atau penjara empat bulan jika gagal membayar.

Beliau sebelum itu turut didenda RM13,000 atas dua kesalahan khianat dan memandu secara berbahaya.

Timbalan Pendakwa Raya menekankan ugutan itu serius kerana ia mengancam keselamatan pengamal media yang menjalankan tugas.

Beberapa petugas media termasuk dari TV3, Berita Harian dan Oriental Daily membuat laporan polis berhubung insiden tersebut.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan suspek ditahan pagi tadi dan rakaman menunjukkan ugutan benar-benar berlaku.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 pagi semalam, suspek dilaporkan mengeluarkan kata-kata berunsur ugutan kepada jurukamera TV3, jurugambar Berita Harian dan seorang wartawan Oriental Daily.

Semalam, Muhammad Firdaus yang juga penganggur didenda RM13,000 oleh Mahkamah Majistret, di sini, atas dua pertuduhan melakukan khianat dengan melanggar sebuah Perodua Axia dan memandu kenderaan sehingga mendatangkan bahaya kepada pengguna lain di Jalan Tun Razak, Ahad lalu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button