Pemain bass Limp Bizkit meninggal dunia
LOS ANGELES – Pemain bass kumpulan nu metal terkenal, Limp Bizkit, Sam Rivers, dilaporkan meninggal dunia.
Berita pemergian Rivers,48, diumumkan oleh kumpulan tersebut dalam satu kenyataan, hari ini.
Rakan-rakannya, vokalis, Fred Durst; pemain gitar, Wes Borland; pemain keyboard, DJ Lethal dan pemain dram, John Otto menyifatkan Rivers sebagai “legenda sebenar antara legenda” dan “nadi kumpulan itu” dalam satu penghormatan yang dimuat naik di Instagram.
“Sam Rivers bukan sekadar pemain bass kami, dia adalah keajaiban sebenar.
“Nadinya menjadi degupan di sebalik setiap lagu, ketenangan dalam kekacauan, dan jiwa dalam setiap bunyi. Sejak nota pertama yang kami mainkan bersama, Sam membawa cahaya dan irama yang tidak akan dapat digantikan. Bakatnya semula jadi, kehadirannya tidak dapat dilupakan, dan hatinya luar biasa besar,” kata kenyataan itu.
Rivers merupakan salah seorang ahli pengasas Limp Bizkit yang ditubuhkan pada tahun 1994 dan memainkan peranan penting ketika zaman kemuncak kejayaan kumpulan itu pada awal 2000-an dengan album seperti Chocolate Starfish and the Hot Dog Flavored Water (2000) dan Results May Vary (2003).
Hantaran terakhir Rivers di Instagram dibuat sehari sebelum pemergiannya, di mana beliau berkongsi mesej sempena ulang tahun ke-25 salah satu album paling berjaya kumpulan itu dengan kapsyen “nothing but love.”
Setakat ini, punca kematian mendiang belum diumumkan kepada umum.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








